Lemah, lemau, takut
Itu cukup menggambarkan aku
Hingga makin lama, ayat dari mulut dah start untuk hilang synchronized
Jadi signal, berapa lama sudah aku jauh dari masyarakat
Berapa lama sudah aku hidup jauh dari kebiasaan
Susah
Susah sangat nak bagi orang faham.
Orang cakap memanglah senang
Hingga aku jadi malas untuk bercakap
Yang asyik nak menang
Hingga yang asyik bertentang.
Tenang mira tenang
Biar jiwa kacau asal dilihat senang
Kan kau lebih senang berdiam.
Aku masih adalah aku
Tidaklah pula aku membenci
Cuma aku memang begini.
Keyakinan yang hilang kerana kurangnya aku yang begini
Aku janji ini bukan ego.
Sukarnya aku meluah rasa dalam kata-kata
Aku saja yang tahu
Mungkin persis remeh di mata yang lain.
Izinkan aku meluah rindu bercerita seperti ini
Kerna aku masih lemah
Aku masih perlukan medium ini untuk mengubat duka
Tidaklah pula aku bersedih dengan kehidupan ini.
Cuma rasa ketakpuas hati dengan diri sendiri
Yang tidak pandai aku ceritakan
Mungkin cantik bila ku tuliskan
Sendiri.