Kodaline- High Hopes

17:36

Assalamualaikum hi.

Well 'orientasi' dah habis so bersedia untuk belajar yang sesungguh-sungguhnya. Cakap pasal belajar, aku cuak dah. Jangan sampai aku tak boleh terima dahlah. Semoga Allah membuka pintu dan mata hati untuk melihat kebaikan di dalam setiap ujian. Moga pintu rahmat Allah masih terbuka luas.

Habis matriks memang aku luangkan fully masa di rumah dengan ibu, jadi memulakan hidup tanpa ibu di sini amaaaatlah payaaah hahahahaha. Dulu, kalau muka aku dah nampak macam nak keluar tanduk, ibulah yang pujuk. Terkadang bangun lewat, ibu tetap buat sarapan. Lahai HAHAHAHA. Orang cakap manusia macam aku ni lembik, tapi di sebalik ingatan kepada keluarga yang kadangkala sakit, aku sering temui kemanisan. Semoga aku terus begini, sentiasa mahu "menjadi anak" kpd ibu dan ayah.

Kenapa post kali ni bermadah-madah? Puncanya, aku hilang mood lagi hahaha. Takpelah, permulaan sentiasa menjadi proses yang menyakitkan. Yang pentingnya, aku kena stick kepada tujuan utama & niat aku. Orang sombong? Pergi mateylah wei. Aku tak hidup untuk puaskan hati semua orang, sesetengah orang mungkin yaa.

Terima kasih buat diri sendiri yang masih teguh walaupun bahu ini terkadang bergegar dengan hebat menahan himpitan masalah-masalah kehidupan. Terima kasih kepada masih diri kerana tidak larikan diri seperti dulu, kau akan kekal di sini. Di dalam kos ini. Perjalanan yang panjang ini kau bangun dengan tabah pada setiap pagi. Hidup memang satu perjuangan. Ia satu perjuangan hitam yang akan terpalit lumpur-lumpur kesedihan kepada kau hingga satu masa bila kau berjumpa manusia-manusia yang bersifat manusia, hingga kau mampu bangun pagi dengan secebis senyuman.

Tahniah kepada diri sendiri kerana mampu berterima kasih kepada diri sendiri.

Ingat, nak berjaya bukan mudah. Nak cipta nama bukan mudah. Terfaktab juga bukan mudah hahaha. Just follow the flow, merangkak pun tak kisah. Orang nak mengata, biarkan mereka hidup di dalam kezaliman diri mereka sendiri.Setiap bayi yang dilahirkan bukan untuk tujuan sia-sia, kita ini lahir bukan untuk jadi manusia biasa. Kita manusia yang lemah tapi kita tidak dicipta untuk menjadi paling lemah selemah-lemahnya.


Aku akan gapai ketiga-tiga nya sekali. Mungkin lebih, siapa tahu. Yang penting, untuk hidup dengan perasaan yang berperasaan.Dengan cara itu, manusia itu akan mampu "hidup" dengan penuh penghayatan kehidupan. Impian, harapan, semangat, kesedihan, kesakitan, kejatuhan; rasakan semua.

Allah SWT juga telah berfirman;

"Dan sungguh, akan kami berikan cubaan kepadamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan "innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan dan mereka itulah yang mendapat petunjuk"

(Al Baqarah :155-158)

Pergh wahahaha lolz je aii.

(Happy Birthday my super great woman, Ibu. I will love you more and more as time ticked. I will do anything just for youu)

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

SeraiMas