Finale

21:44

Hidup. Betapa banyak warkah aku nukil mengenai hidup, aku masih lagi makhluk bewatak gagal. Antologi Gagalis pun aku gagal hewhew.

Jalan ragah yang tak pernah mudah. Sangka kau akan kebahagian atas bumi yang bolat ini. Mimpi kau tentang cinta yang masih belum pasti. Nafsu kau terhadap perkara yang tidak abadi. Kau terus mengejar kesempurnaan, hingga hilang nilai kemanusiaan sedikit demi sedikit.

Setan kiri kanan, gelakkan kau. Kesian.

Hati, fitrah tubuh yang paling complicated dan paling power (dari segi alami). Kau jangan nak berdebat pasal pentingnya otak dalam badan manusia blabla. Ingat aku tak belajar biologi? Heh. Hati ni special sebab fitrahnya yang berbolak-balik. Baru tadi kau cakap yang kau nak turun cafe pergi makan, tapi after 2 minit kau kata tetiba cam malas pulak. So kau terus tak pergi.

Anggota lain, kalau lapar pergi cari makanan, nak kencing, jalan pergi toilet, kalau mengantuk, tidur. Dorang tahu apa yang patut di buat. Hati?

Tak pernah fixed. Takkan pernah.

Semoga berbahagia.

.
.

Dalam kepalsuan.

Aku ini pendengki sadis yang sedang menanggung kekalahan di medan perjuangan.
Tunggu hingga aku punya kekuatan, mencari semula kebahagian yang sebenar-benar kebahagian. Maafkan aku. Moga kau dari jauh tersenyum kesinisan.


Kerana
Akhirnya aku sendirian.
Dan penghujungnya,










.
.
.
Aku sepi.

ps: aku masih menikmati serbuk milo dengan lahap sambil melihat lampu-lampu kemeriahan tanpa hening sesusuk pun manusia, mendengar lagu-lagu Kodaline, andai kau masih merindui.

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

SeraiMas