messedpost#2

15:44

Assalamualaikum.

Pintu hati diketuk, hati yang mati seakan-akan malap dan kedinginan mula mengintai di jendela. Siapa gerangan. Oh, manusia. Biasa.

Aku juga manusia biasa. Biasalah.

Hadirnya berita gembira, menceriakan hari hari aku sentiasa mendung. Awan hitam dan kelabu juga sudah muak untuk memayungi aku. Lebatnya hujan dan rintik rintik yang sentiasa mahu menyakitkan dan menyejukkan aku hingga ke tulang hitam. Seakan sudah bosan melihat epilog kehidupan aku. Maafkan aku....

Hadirnya dia, baru hanya seketika, telah menerbangkan debu debu tebal yang telah menyelaputi ruang kosong yang tiada berpenghuni setelah sekian lama. Nyaman rasa jiwa. Baru aku sedar, sudah terlalu lama aku menyendiri, sudah terlalu lama aku memendam. Sunyi seakan sudah sebati.

Hadirnya dia, membawa satu perubahan rasa yang sangat ketara. Aku sangat sedar. Sangat takut. Eh, seronoknya rasa cinta?

Oh, baru kenal, baru jumpa tiba-tiba dah claim tu cinta? Ah, cliche zaman batu belah batu bertangkup; cinta itu buta.

Terbayang, berangan, impian lalu jadi cita-cita. Semarak api cinta yang sumbunya sudah lama kesejukkan. Hebat sungguh rasa. Dasar manusia.

Dalam satu malam, satu rangkai panjang perbualan di Whatsapp, cukup buat aku kata "zauj". Alahai, perempuan........hati lembut macam dadih lembik. Kesian.

Beza umur yang jauh, hanya tahu nama dan no telefon semata-mata. Dia seorang yang sibuk. Tak peduli pun sebenarnya pasal aku, haritu acah-acah je dah alang-alang free, main whatsapp lah kejap. Dia dah berada di lingkungan luar dari aku. Apa kau ingat takde perempuan lagi hebat dan cantik ke di dalam lingkungan hidup dia? Aku ni macam pasir je kat Danga Bay yang tengah tambak sekarang ni.

Aku sedar, aku tahu diri.

Aku tahu siapa aku.


Aku tahu aku ini tiada apa pun di mata kau.

Lalu aku angkat kaki, mengundur diri. Aku akan berhenti. Kau terlalu hebat, tak setara dengan aku yang loser ni. Terima kasih atas segala rasa. Hebat sungguh penangan cinta. Terima kasih sangat-sangat tau, buat aku rasa hidup untuk beberapa momen dalam hidup aku. Buat aku rasa, aku ini bukan penunggu mahupun penanggal di tepi jalan sebelah blok asrama kau. Thanks for making me feeling real.

Kau mungkin hanya my 2-days-fling. My two nights stand. Thanks for our two nights. Semoga malam ni bukan malam ketiga aku jatuh cinta pada kau.

ps: i love you, my 2-days-fling.

AS

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

SeraiMas