Salam Dunia

22:32

Alhamdulillah, syukur syukur dan syukur atas kesempatan yang diberi Tuhan untuk masih bernafas dan mencipta kenangan dalam menuju pengakhiran yang pasti.

Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Tak semuanya indah tapi semua yang hadir membawa banyak hikmah. Nikmat yang tak terkata. Ajaibnya kasih sayang, sangat-sangat hebat. Tenang dan memberi pemahaman yang sangat abstrak, tanpa perlu kau cerita. Seperti aku yang menyimpan sendiri. Aku tak perlu explain panjang lebar, kalau kau peduli, kalau kau cuma berfikir pasti kau akan faham.

Aku okay tapi malas buka mulut. Tak semua ikhlas mendengar kisah-kisah cliche atau mungkin kisah-kisah sedih luar biasa aku. Kadangkala aku terluahkan juga, sesak dada menahan rasa sendirian. Bila bahu aku rasa berat, mulalah air mata pun berjurai. Macam pondan pun ada hahaha. Kenapa diam?

Kau tahu tak ada masa-masanya yang manusia insekiyo seperti aku membuka cerita, bukan untuk di-scoffed kan, bukan untuk dibidas selaju  kelajuan cahaya, bukan untuk di-judge, bukan untuk dipersoalkan, bukan untuk kau bukak gebang pasal kau mengalami situasi yang sama dahulu kala. Aku cuma mahu kau dengar, amati, pandang tepat ke mata, usap perlahan bahu. "Takpe amirah, everything will get better".

Selepas aku keluar dari zone permasalahan, barulah kau bukak table. Aku pun akan rasa yang aku boleh terima perlahan-lahan. Aku boleh disembur, dihambur. Tapi lepas tu akan diam. Aku akan membataskan diri aku untuk mengekspresikan segala rasa dan segala isi jiwa.

Manusia harini terlalu suka membangkang, membidas, mengenepikan bulat-bulat. Membunuh sepi segala impian dan harapan. Berkecai. Kemudian kau kata melayu ini pessimis? Nak aku mencarut ke duhai teman seperjuangan?

Kau musnahkan dasar perjuangan dia? Ranapkan segala plan yang dia rancang.

Kau harus tahu, tak semua hati itu sudah cukup kuat menahan tekanan dan tempias. Kau harus tahu hati-hati ini sememangnya rapuh.

Dan kau harus tahu
Satu perkataan yang keluar dari mulut puaka kau mampu memberi impak yang sangat puaka kepada sesetengah roh.

"Kau nak tahu tak kat mana kau silap?"
"Semua yang kau kata tu semua salah, sebab tu kau jauh di bawah"
 "Bukan macamtu weh. Salah tu"

Kau tanya dia soalan-soalan yang memperlekeh persepsi dia. Kau buat dia nampak bodoh.

Aku nak tanya boleh?


Kau tuhan ke? Bijak sangat ke kau? Bagus sangat ke kau?
Kau fikir kau siapa?
Manusia terus menerus bersifat langit
Kepala sentiasa mendongak
Siapalah aku untuk menghakimi
Melalui tulisan seperti pula aku ingin menjadi tuhan

Aku juga mengingatkan diri sendiri
Aku sangat tidak sempurna

Aku juga mengingatkan yang lain
Beri masa
Buka ruang
Jangan terus serbu menerjah
Memangkah pandangan

Kau harus dewasa mengenal erti persepsi
Kau harus matang dalam memahami
Bahawa kehidupan kita semua tak sama
Kisah silam kita berbeza

Latar belakang, situasi kita suatu kita dahulu yang mencorakkan pemikiran dan rasa. Kau tak tahu apa-apa tentang itu. Tentang pahitnya apa yang telah dia rasa, membawa dia kepada konklusi dan persepsi yang untuk kau, salah.

Sekali lagi,
Bagi masa,
Buka ruang.

Kemudian giliran kau pula menghulur bantuan.

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

SeraiMas