Bitchilogy of Friend

12:10

Assalamualaikum.
Ah lama tak jumpa.

Hi. Sunshine.
SPM is going well and always well, I hope. Years getting end, memories getting fade. Kan? :)

Untuk kawan,
Nak tahu tak hmm kita tak pernah sempurna. Apa yang kau kejar sangat dengan hot kau tu? Hot kawan-kawan lama kau. Diorang tak bertauliah tahu. Kau tak suka berada di sini? Silakan pergi. Tak kuasa melihat perangai yang aneh-aneh.

Meremehkan usaha orang lain. Memperbesar kesilapan orang lain. Tidak tahu menghargai jasa orang. Kau pula, mahukan yang terbaik. Dari semua orang, dalam semua aspek. Siapa kau untuk semua orang memberikan kau yang terbaik? Apa jasa kau sehinggakan kau sentiasa expect kesempurnaan daripada orang lain? Aku kadang-kadang nak gelak tengok perangai bodoh sakan kau ni. Maaf. Kau perlu belajar dan diajar.

Bukan kau sahaja yang hidup dimuka bumi ini.

Kau mahukan tanggungjawab, ya kami berikan. Tapi, pelaksanaan sangat jahanam. Kau kata kau tidak dipandang, kami bantu beri penarik supaya kau lebih dihargai. Tapi, kau memberi berjuta apple alasan dan tidak melaksanakan tugas. Kau fikir memikul tanggungjawab ini mudah? Gembira? Famous? Aku perlu jelaskan, kau menanggung tanggungjawab dunia akhirat. Kau akan menjawab di akhirat nanti. Kalau rajin hafal lah skrip alasan. Lol.

Aku memang old-school. Tak tahu banyak benda. Tapi aku jadi diri aku, bukan seperti kau. Tak henti-henti menagih publisiti atas nama orang lain. Dengan perangai menarik kau. Aku mungkin bajet alim, dan apa masalah kau? Kau siapa nak menilai orang? Siapa kau di mata Tuhan sehingga kau boleh menghukum orang sesuka hati? Aku juga tak sempurna, kadang-kadang mulut berbisa. Tapi aku sedar diri. Tak banyak pun, mesti ada sedikit.

BERHENTI. KAU NAMPAK BURUK DENGAN PERANGAI DAN SIFAT KAU. Jujur aku kata dari hati. Kau akan nampak lebih cantik dan disayangi kalau kau cantik luar dan dalam. Tak salah jadi kampung atau biasa-biasa. Jom sama-sama cipta perubahan. Kita sama-sama lemah, kita kan makhluk Allah SWT.  


Terkasar bahasa,
Ree

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

SeraiMas