Cinta Paling Agung

15:44


Agungnya cinta kini hanya barang murahan, dilelong bagai tiada nilai, tiada erti. Perbuatan rakus sang manusia durjana. Menutup cinta dengan awan putih suci nafsu. Penipuan dalam air, mata yang celik tetapi tiada yang menyedari.

Agungnya cinta sebenar itu perlu kamu semua bersakit dahulu. Cinta itu hanya perkataan indah yang sama maksudnya dengan komitmen dan tanggungjawab. Mahalnya harga cinta itu, hingga setiap seorang daripada kamu perlu berkorban. Anehnya cinta itu, kamu tidak merasa lelah dengan kesakitan dan pengorbanan yang berteras keikhlasan. Kerana kamu ikhlas mencintai.




bagaimana pula jika kami masih berasa sakit dan kecewa dengan dugaan cinta ini?

Mudah sahaja jawapannya. Itu maknanya kamu tidak benar-benar merasa cinta. Rasa sayang tanpa ikhlas menerima apa adanya seseorang pada kamu, itu bukan cinta. Bila nafsu menerjah menerobos masuk ke dalam ruang-ruang kosong di dalam hidupmu, semua di hadapanmu adalah cinta belaka. Sayu aku katakan, penipuan hati kadangkala membutakan mata zahir.

Sebab itu, ada beza untuk mencintai dan keinginan untuk memiliki.

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

SeraiMas