#cinta

09:34

Hari lahir kelahiran kekasih Allah.
.
.
.
.
.
Rindu, kepada kau yang tak pernah aku bersua muka. Terikat teguh atas nama iman dan takwa. Aku ini umat akhir zaman, Ya Rasullulah. Aku ini hina yang paling hina. Atas pengorbanan dan perjuanganmu, aku di sini hidup dengan baik, moga aku menjadi makhluk yang tahu membalas jasa dan pengorbanan.

Biar. Biarkan cinta terus mekar bersemi. Andai sahaja, aku mampu merinduimu sepertimana Bilal....

Sekali lagi, aku manusia akhir zaman yang lalai.


Tapi aku takkan pernah berhenti mencuba, selagi matahari masih belum terbit di sebelah barat, selagi mentari masih memancarkan sinar, selagi langit masih indah tidak menghempap lautan maksiat, selagi pagi masih berembun.

Besar sungguh pengharapan aku untuk berjumpa dengan manusia paling hebat, paling mulia di syurga nanti, mengaku sebagai umatmu. Mengaku bahawa tangan-tangan aku ada bakti dalam perjuangan agama, menyambung sirahmu dalam membawa Islam.

Hari ini, Islam dan manusia itu membawa cabang yang berbeza. Jahiliyah itu satu perkara biasa. Dosa itu seperti general trend yang awesome. Tak ramai yang takut neraka. Penyakit wahan merata-rata. Aku juga kadangkala seperti mereka, bahkan mungkin lebih teruk dari itu. Tak henti-henti masuk ke persimpangan yang silap, tak henti-henti jumpa orang yang salah.

Moga masih ada warna untuk kita calitkan dari palet-palet ke contengan di permukaan diri yang masih samar-samar. Moga kita masih rasa, yang dosa itu pembawa binasa.


You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

SeraiMas