Ayam
15:18Assalamualaikum.
Salam kegembiraan hari ke-3 mula kuliah. Takdelah gembira sangat, tapi rasa okay & bersyukur. Masih berkongsi rasa bersama freshie. Hidup yang Alhamdulillah, cukup dan sempurna (dlm skop pemahaman diri sendiri). Aku ada ibu, ayah, adik. Aku ada kereta, bilik yang cantik, kolej yang center, kelengkapan bilik lengkap, suasana nyaman, warna-warna ketenangan, aku ada classmate, aku ada tasya, faz, fizah, khai, zira, aku ada Aniq bersama usahanya, kesabarannya, kekeretaannya, masa yang mampu diluang, kehandsome-annya dan segala kebaikan yang ada pada diri dia.
Apa lagi yang aku tak cukup (dalam keadaan aku; pelajar tahun 2 yang tak kaya, tak bijak, takde biasiswa dan sumpah tak lawa).
Bila aku cuba lewati kehidupan first-year aku, aku tak sangka hari ini aku hidup senang (campus life).
Dan sifat aku memang begitu, mahu mengekal kemanisan setiap persahabatan dan perjumpaan. Tapi aku tak mampu, dan aku sibuk. Tapi aku masih ingat, terlalu segar untuk diimbas. Tapi yang kau pendam sendiri memanglah tiada siapa yang tahu.
Angin bertiup lembut ~
Memberi rasa ngilu hingga ke tulang hitam, dalam.
Macam kenangan bersama i-fest. Sikit pun aku tak boleh move on. Setiap orang, setiap rasa, setiap karakter, setiap jwa, setiap teguran, setiap masa, setiap gambaran; aku masih ingat. Dari mula aku apply, join 1st meeting till harini. Orang-orang yang aku jumpa disana amatlah amazing dan aku hanya seketul daging busuk tepi longkang belakang jamban dalam api yang org tak kan pernah perasan dan takkan pernah peduli.
Satu per satu pergi meninggalkan aku, macam kita tak pernah senyum dan ketawa sama-sama. Daripada yang berkonflik besar hingga berkonflik kecil, semua cuba aku tahan untuk pergi. Tapi kalau orang dah nak pergi, buat apa kau nak halang lagi. Kau faham kan?
So, shhohh la.
Kalau tanak stay, pergi jelah. I have nothing to lose. Maybe aku dah bazir masa for those who not worth it untuk menaip entry ni but mampusla aku nak peduli. Takpelah, kau pernah cakap
"kau tak boleh nak semua orang suka kau"
Lalu, kau boleh jalan.
0 Comments