My Engagement

14:21

Salam. Alhamdulillah selamat sudah majlis. I'm blessed and everything just okay.

But still, i chose to write up a bit untuk kenangan di lain hari ecewah. First, bila khabar angin pasal bertunang ni datang, i was like ummmm sebab memang perancangan since kecik lagi (lols) memang toksey bertunang ni sebab i personally felt membazir and tak perlu bermajlis. 

But (again) ibu ayah sangat suka bermajlis and kalau buat tu memang besar-besar and remeh. I know them very well, that thought pun boleh buat saya sakit kepala ya amat. We don't have much hands honestly, ibu ayah cik azlin cik tini cik akma opah, alang and my fam macam opahsu and maksu. Tu je teamnya. Team family memang tak ramai but its fine, these people memang aku ingat jasa dorang and will I surely offer a hand utk apa2 yang dorang perlu. I owed them so much, moga Allah always lindungi this peoples, ameen. 

Benda ni bergerak atas keinginan orang tua, thats all i can say. So masa awal-awal tu aku macam 'oh memang ada majlis bertunang?' & 'memang kena bertunang ke' & 'kalau malas boleh tak?' haha. For those yang kenal aku, aku memang tak amik port part adat. Most of them are just tak relevan. Mintak maaaf sangat, but lain orang lain cara dia. For me, setakat jumpa-jumpa family, makan-makan is enough tapi takpelah. I believe memang pasti ada barakah dia bila kita turuti permintaan orang tua. Plus, its not wrong pun untuk adakan majlis. Cuma aku memang suka benda yang mudah haha.

So, everything memang ibu ayah yang settlekan. Teringin maybe nak buat yang elok-elok and alhamdulillah, semua yang dorang handle, semua okay. Makan sedap, katering bagus, tempat elok. Syukur sangat rasa. Takpelah, nanti kakak bawak pi jalan-jalan hahaha.

Now it comes to services & products. Ok, banyak benda yang ber-servis & dalam bentuk product dlm majlis ni. We PAID them okay. We PAID you! Aku jenis yang tak suka pening kepala, kitorang sibuk, we have money to pay so we pay and expecting a good services & products tapi itulah, what can I say. Some people suka amik advantages and ambik ringan. We basically PAID you. Bukan aku suruh buat kerja amal doe. Aku bukan mintak harga murah. Aku tak tetap harga, aku tak cakap bajet, no. I want the best, so I paid for the best. Aku tak nego kaw-kaw pun because aku memang tak kan amik advantage atas orang lain. Bukan prinsip aku beb.

Camnilah, bila kita kerja, tu dah kira ibadah. Ok, tanak rephrase dalam term agama? Fine. Kerja tu tanggungjawab. Tanggungjawab pada CUSTOMER, SERVICES, PRODUCT blabla. Bila kerja like ala kadar, had gitu-gitu, means kau memang tak bertanggungjawab lah. Memang kerja kau utk lepas had kau lps tu kau dapat duit settle. Aku ni ha menanggung. Ada few services/products yang aku memang tak puas hati and I'm so sorry (dah aku  pulak sorry). 

Aku tanak sakitkan hati sesiapa and aku cerita ni memang utk pengajaran aku and orang lain yang akan datang. Kenapa tak cakap depan-depan? Sebab benda ni akan jadi tak sedap in the future, and aku tak minat nak berdrama. Kalau nak jugak, sila berdrama sorang-sorang. In the end, aku tak pilihan. Aku kena hadap jugak sendiri. Majlis sedang berjalan at that time. Allah knows how it felt inside.

Satu benda yang a bit petty to tell, ummmmmm ok. Aku takde siblings lelaki, tapi pakcik-pakcik aku takde pun yang nak tolong/datang jadi wakil, teman ayah. Tetiba aku dengar suara pakcik mat, cik azlin Allahu. May Allah bless them, ameen.

Yang mana datang, duduk-duduk and balik tetiba tapau makanan utk stok makan setahun pun itsss okayy hahahaha. If that is your rank itss okayyy. Walaupun benda ni jadi menyegankan for me, depan my friends, alex's fam and my jiran but what I can say? Menjerit-jerit mintak plastik dengan Ainaa, kalut nak bungkus makanan walhal my mom tengah salam-salam tetamu ni. In the end of the day, I looked back and I can't deny, kalau orang-orang ni tak datang, habis memang takde pun nampak meriah dari sebelah fam aku. Mampus aku. Tetamu are rezeki for us and will keep reminding myself.

Aku tak berniat utk spread hate ke apa, ini untuk peringatan hari-hari seterusnya. Juga untuk peringatan semua. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas doa dan ucapan. Semoga kita diberkati sentiasa.

Assalamualaikum.


You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Follow me on Instagram

SeraiMas