Api Mati
13:09Daun rapuh kuning keemasan
Jatuh
Terbang
Jauh
Pengertian yang tiada rasa
Analogi melawan suasana
Langit jingga
Terang tapi silau
Kau ada tapi aku tak rasa
Kau pergi aku tak berdaya
Seperti manusia yang hilang diri sendiri
Kesinisan sadis
Sifat api yang julang entah dari mana
Itulah aku pada saat ini
Biar
Biar aku hilang segala
Biar aku lepas semua
Terima kasih awan tenang
Aku nampak sang petir garang
Terima kasih kerana mengubah aku
Aku suka aku yang begini
Perangai huduh seperti syaitan.
Semua yang ada
Aku mohon kamu pergi
Biar aku hidup sendiri
Biar aku kekal begini
Biar sifat aku kekal menyakiti
Sampai mati
0 Comments