Hidup Yang Kau Cari
22:34Assalamualaikum & hi.
*kelip-kelip mata*
Menaip sambil menahan sakit kepala teramat kerana cuaca yang sahhngat panas harini & terpaksa menunggu di workshop hampir 2 jam. *mohonsimpatihehe
So far, life has been treating me good alhamdulillah walaupun kadangkala sepertinya udah tidak waras lol. Too many things yang berpusing-pusing dalam kepala otak, banyak sangat pilihan & keputusan yang memang dah beratur siap-siap tinggal aku nak jawab je.
Dan aku takde mood nak menjawab. Beta mohon maaf ya haha.
Sem ni okay for me & aku sendiri percaya, aku tahu apa sebabnya. Malahan aku gembira.
Aku tidak lagi mencuba sedaya upaya memuaskan hati semua orang, aku biar saja. Birthday kawan lama? Aku tak pernah lupa. Kewujudan manusia-manusia lama? Masih aku ingat. Tiada yang berbeza, semua sama. Cuma aku mahu sayang diri, penat berlari kehulu kehilir. Aku mahu buat apa yang aku mahu, & bersama dengan orang-orang yang ada "in the present-present tense".
Aku mahu shut it down sistem komunikasi berlebihan dan me-repair diri sendiri.
Most times, we are attracted to what gives us pain. Perasan tak?
Aku perasan :)
Dulu aku rasa bangga dengan kesakitan tu, sebab tu kira macam tanda aku dah contribute something, tanda yang aku pun sedih jugak tapi aku kuat, yes tu label aku ni kuat. Label yang paling penting untuk mempertahankan ego aku.
At the same time, meninggalkan ingatan sedih dan simpati kepada pihak-pihak yang terlibat. Memang suka bagi efek-efek sayu sikit. Aku memang jenis "biarlah aku mengundur diri", "aku tak nak menyakiti sesiapa", "mungkin aku bukan yang terbaik", "biarlah aku pergi kerna aku tak dapat membuat pilihan" eh lol.
Perangai.
Memang sejenis perangai aku.
Hanat betul.
So bila aku kena melepaskan, aku dilepaskan, aku dilupakan, aku jadi macam 'ha okay yelah, sedih teramat tapi takpe lepas ni okay dah'. Aku cuma bermasalah deal dengan diri aku je, aku dah takkan heret orang yang pergi tu. The idea of letting go ni sesuatu yang common & aku tahu in the end aku akan okay.
Now aku terfikir; aku ada pilihan yang lebih time tu. Kenapa pilih bersedih?
Oh sebab tanak, ada pihak lain terluka.
Sampai bila?
Kau bukan rampas hak orang.
Kau kesian.
Lalu kau korbankan kebahagiaan.
Tamatlah babak pertama.
LOL
Kita memang sangat cenderung kepada perkara yang menyakitkan kita; dalam pelbagai aspek. Sifat mengorbankan diri. Tak salah IF KENA PADA SITUASI. Ha seketul mira yang tengah pesan kepada diri sendiri.
Aku ubah mindset. Bagitahu diri sendiri "hey takpe, your own desire is takpe asalkan benda elok". Tak salah kadangkala ikut kata hati. Kalau itu adalah diri kau sendiri. Kenapa nak simpan identiti? Sampai bila nak pendam rasa hati? Semua orang layak bahagia, kalau minda dia pilih ikut kata hati yang dahaga kan bahagia.
& sekarang, aku bahagia. Takdelah hidup tu indah je semata. Just nicelah orang kata. Dihiasi efek-efek kejutan yang aku kena terima, aku kena hadap & aku kena buat sesuatu.
Macamni lah, aku suka tengok cerita korea. Selalu aku tertanya-tanya kepada hidup aku tak nice/terkejut/comel/disayangi macam dalam kdrama ya. Lol padahal hidup kita semua ni sebenarnya lagi gempak storyline dia cuma tak dibuat cerita je. (Macam merepek je kan aku ni tapi as peminat tegar kdrama, kau mesti faham apa yang aku rasa hahahahahahaha).
Macamana orang tu yang tak pernah tengok kdrama, ada sifat macam hero kdrama. Jagakan jalan kat highway untuk girlfriend dia, bagi jam dia on the spot kat girlfriend dia just in case gf dia rindu dia. All the simple things, sebabkan sayang, kita rasa benda tu besar, indah.
Kalau kau cari yang cantik,
Kau jumpa perempuan cantik.
Kalau kau cari yang ikhlas menyayangi kau,
Kau jumpa perempuan yang ikhlas sayang kau.
Jelaslah dengan apa yang kau cari
Wahai teman
0 Comments